JALINAN MESRA MOT BERSAMA PELANGGAN 2016 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA PELABUHAN BINTULU (LPB) DI TIMES SQUARE MEGAMALL, BINTULU



Pada 24 September 2016 yang lepas, LPB telah menganjurkan program ‘Jalinan Mesra MOT bersama Pelanggan 2016’ yang telah diadakan dengan jayanya di Times Square Megamall Bintulu. Program ini adalah program bulanan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan tahun ini adalah tahun ketiga program ini dianjurkan di Bintulu. Terdapat 15 agensi kerajaan dan swasta telah mengambil bahagian dalam program. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Jabatan Laut Malaysia (JLM), MIROS, PUSPAKOM, MIMA dan Malaysia Airport Berhad. Turut diundang bagi memeriahkan program adalah UPM Bintulu, ADTEC Bintulu, IKM Bintulu dan Colombia Asia Hospital Bintulu.

Antara acara yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi murid-murid yang diundang khas dari Peryatim Bintulu, sesi kuiz, pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pertandingan pakaian beragam kanak-kanak bertemakan hari Malaysia. Kumpulan Bintulu Buskers turut diundang bagi menghiburkan pengunjung-pengunjung yang hadir. Program telah dirasmikan oleh Pengurus Pentadbiran Kewangan dan Aset LPB, Puan Hida Binti Jerman.

  


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile