GREENPORT CONGRESS 2017 DI AMSTERDAM



Edisi ke-12 Kongres GreenPort yang disokong oleh Pelabuhan Amsterdam telah diadakan pada 10-13 Oktober 2017 di Amsterdam, Belanda. Kongres Greenport menyediakan pembuat keputusan dari kalangan komuniti pelabuhan - lembaga pelabuhan, pengendali pelabuhan, syarikat perkapalan, pengendali logistik- tempat pertemuan  bagi mempelajari dan membincangkan hal terkini berkaitan pembangunan mampan dan amalan alam sekitar terkini bagi membolehkan mereka melaksanakan dengan efektif perubahan yang diperlukan bagi mengurangkan jejak karbon hasil dari operasi pelabuhan dan juga lebih sensitif terhadap pertimbangan alam sekitar.

 

Kongres Greenport bertujuan mengetengahkan inovasi dalam peralatan dan teknologi bagi membolehkan pengguna pelabuhan mematuhi dasar, sambil menggambarkan penyelesaian praktikal melalui kajian kes dari rantaian logistik global.

 

Sejajar dengan polisi baruLPB untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu Pelabuhan Hijau, LPB telah menghantar 6 wakil yang terdiri daripada 3 orang pengurus, 2 orang ahli lembaga pengarah dan juga pengurus besar menghadiri kongres ini.

 

 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile