Green Port Awarded Green Port Award System (GPAS 2017)



  

 

Pelabuhan Bintulu telah dianugerahkan Green Port Awarded Green Port Award System(GPAS 2017) di Asia Pacific Service Network(APSN) Port Connectivity Forum (15-16 November 2018), Singapore.

 

Penerima anugerah yang lain termasuk Kontena Terminal Chiwan Co.Ltd, China, Pelabuhan Johor, Malaysia, Pelabuhan Batangas, Filipina, PSA Singapore, Shekou Container Terminal Ltd, China dan Pelabuhan Tan Cang Cat Lai, Vietnam.

 

Bengkel APSN yang dijalankan menawarkan platform untuk pelbagai pihak yang berkepentingan untuk datang bersama-sama untuk membincangkan cabaran-cabaran industri dan meneroka penyelesaian. Penyelesaian-penyelesaian yang dicadangkan ini akan kemudiannya diintegrasikan ke dalam pelan tindakan Majlis APSN dan urus setia, dankemudiannya akan dijadikan inisiatif yang konkrit yang direka bentuk untuk memberi manfaat kepada industri pelabuhan APEC secara kolektif.

 

Bengkel APSN, persidangan dan forum ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk pihak berkuasa pelabuhan, operator pelabuhan, syarikat-syarikat perkapalan dan lain-lain pihak berkepentingan di rantau APEC untuk bertukar pendapat dan berkongsi pandangan mengenai topik-topik penting yang biasa untuk membantu menghadapi cabaran-cabaran baru pasaran global perkapalan.

 

Sistem Anugerah Pelabuhan Hijau (GPAS) untuk operator pelabuhan dan pihak berkuasa pelabuhan di rantau APEC telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016.Anugerah GPAS adalah satu sistem penilaian hijau yang mengiktiraf operator pelabuhan dan pentadbiran atas sumbangan mereka terhadap pembangunan mampan pelabuhan. GPAS bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar, menggalakkan pembangunan mampan dan strategi hijau, menggalakkan saling kendalian teknologi hijau, dan memudahkan perkongsian amalan terbaik antara pelabuhan-pelabuhan di rantau APEC.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile