Ralat AJAXMaaf, gagal muat turun maklumat yang diperlukan. Sila hubungi pentadbir sistem anda. |
|
|
Tutup |
Dalam Proses..... |
Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Bintulu |
Pada 28 November 2018 jam 8.30 pagi, Dr John Brian Anthony Ak Jeremy Guang yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu dilantik pada 04 Oktober 2018 telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama kakitangan Lembaga Pelabuhan Bintulu. Majlis perjumpaan ini diadakan di Auditorium Menara Kidurong.
Perjumpaan ini merupakan platform kepada kakitangan untuk mengenali Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu dengan lebih dekat dan pada masa yang sama juga untuk mewujudkan hubungan baik dua hala diantara pihak pengurusan tertinggi dan kakitangan. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama bagi Dr John Anthony selaku Pengerusi Lembaga Pengarah yang baru.
Pengerusi telah mengambil peluang semasa sesi perjumpaan ini memaklumkan kepda warga kerja LPB agar sentiasa mempunyai perancangan yang membawa impak positif dan menguntungkan kepada LPB secara keseluruhannya. Beliau juga telah memberi kata-kata nasihat kepada warga kerja LPB agar sentiasa melaksanakan tugas dengan komited dan amanah.
Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pengerusi dan warga kerja LPB.
Hari Ini | ||
Semalam | ||
Minggu Ini | ||
Minggu Lepas | ||
Bulan Ini | ||
Bulan Lepas |
Hak Milik © Lembaga Pelabuhan Bintulu, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel. Tarikh Kemaskini Terkini: 27 Mac 2024
|