Perjumpaan bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Persatuan Peniaga Lori Bersatu Bintulu



  
 
28.1.2019, Pelabuhan Bintulu - Pihak Berkuasa Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) telah mengadakan perjumpaan pertama dengan penyedia perkhidmatan pengangkutan dan logistik tempatan di pejabat LPB pada pagi ini. LPB diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Dr. John Brian Anthony telah bertemu dengan 10 orang wakil yang terdiri daripada pelbagai Syarikat Logistik & Pengangkutan tempatan.
 
Antara perkara yang dibincangkan adalah cara untuk meningkatkan kecekapan pusingan masa hauler di Pelabuhan Bintulu bagi memenuhi permintaan jumlah kendalian kontena yang semakin meningkat di Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu (BICT). Syarikat Logistik & Pengangkutan di Bintulu ingin melihat pusingan masa haulier yang lebih pendek dan perkhidmatan yang lebih efisien di Pelabuhan Bintulu.
 
Bagi melengkapkan sistem pengurusan aduan awam kerajaan dalam talian (SISPAA), Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melancarkan sistem pelaporan awam dalam talian iaitu e-maklumbalas yang boleh diakses dari laman web BPA. Selain itu, LPB turut mengadakan Hari Bertemu Pelanggan setiap bulan di minggu terakhir pada hari Jumaat.

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile