Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tahun 6 SK Sungai Tisang ke Lembaga Pelabuhan Bintulu



  

 

 

Pada 6 November 2019, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menerima lawatan daripada pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sungai Tisang. Seramai 70 orang murid dan guru pengiring hadir pada lawatan hari ini yang diketuai oleh Puan Tiong Tee Tee. Lawatan dimulakan dengan rombongan dibawa ke Auditorium Menara Kidurong untuk menonton video korporat dan juga mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Komersil. Pelajar dan guru kemudiannya dibawa melawat ke Galeri LPB dan seterusnya melihat operasi pelabuhan di Anjung Tinjau Aras 11. Semoga pelajar SK Sungai Tisang memperolehi ilmu yang berguna sepanjang lawatan ini.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web