MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2020 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN LAMA (APL) TAHUN 2021



 
 
 
Pada 22 Mac 2020 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 Dan Anugerah Perkhidmatan Lama (APL) Tahun 2021 Lembaga Pelabuhan Bintulu di Auditorium Menara Kidurong. Majlis ini dihadiri oleh pengurusan tertinggi, ketua-ketua bahagian serta kakitangan LPB dan anugerah telah disampaikan oleh Tn. Zulkurnain bin Ayub, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Bintulu kepada penerima. 
 
Pemberian anugerah ini merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerjanya disamping dapat memberi motivasi berterusan kepada semua. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada barisan penerima pada kali ini dan semoga perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang dapat diteruskan di masa akan datang.

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web