Ralat AJAXMaaf, gagal muat turun maklumat yang diperlukan. Sila hubungi pentadbir sistem anda. |
|
|
Tutup |
Dalam Proses..... |
Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Bintulu |
PENGENALAN | AHLI LEMBAGA PENGARAH | PEGAWAI BERTUGAS |
PROFIL KORPORAT
Pada 26 Januari 2017, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah meluaskan fungsi lembaga kepada Lembaga Pelabuhan Labuan. Peluasan fungsi ini membolehkan Lembaga Pelabuhan Labuan berfungsi sebagai sebuah badan berkanun dan juga sebagai badan pengawalselia pelabuhan. Pada 17 Januari 2017, deklarasi had pelabuhan baru telah diwujudkan dan dikenali sebagai Had Pelabuhan Teluk Victoria.
Daripada perluasan fungsi Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Labuan memainkan peranan yang sama. Pembangungan, pentadbiran, pemasaran dan pembekal perkhidmatan pelabuhan merupakan skop utama Lembaga Pelabuhan Labuan. Ini bagi memastikan Pelabuhan Labuan berfungsi sebagai pintu masuk kapal-kapal dagang yang efisien dan efektif sejajar dengan deklarasi ke atas Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (International Offshore Financial Centre) pada 1 Oktober 1990.
Lembaga Pelabuhan Labuan buat masa kini, telah membenarkan terminal operator Pelabuhan Labuan sedia ada untuk meneruskan peranan mereka sebagai operator pelabuhan. Bagi memastikan operasi pelabuhan yang dijalankan oleh Labuan Liberty Port Management berjalan dengan lancar dan optimum, bermula 16 Januari 2017, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menghantar kakitangan pelabuhan untuk menjalankan fungsi Lembaga Pelabuhan Labuan. Ini bagi memasitkan tanggunjawab sebagai badan kawalselia pelabuhan dan mengawasi keselamatan operasi pelabuhan terlaksana.
VISI DAN MISI KORPORAT
VISI
Sebagai Pihak Berkuasa dan Badan Kawalselia Pelabuhan, Visi LPL adalah untuk menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai pelabuhan yang paling efisien, selamat dan berdaya saing di Malaysia Timur. Untuk merealisasikan visi tersebut, LPL telah merangka misi berikut:
MISI
OBJEKTIF
Menjalankan aktiviti pengawalseliaan perkhidmatan pelabuhan yang berkualiti dan mampu berdaya saing di Malaysia timur.
Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan pelabuhan menepati kehendak untuk keperluan Pulau Labuan.
Memastikan pembangunan infrastruktur selari dengan kehendak pengguna dari masa ke semasa.
Menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai nod yang cekap dalam rantaian pengangkutan negara dan memberikan perkhidmatan tambah nilai.
Hari Ini | ||
Semalam | ||
Minggu Ini | ||
Minggu Lepas | ||
Bulan Ini | ||
Bulan Lepas |
Hak Milik © Lembaga Pelabuhan Bintulu, Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan Mozilla Firefox 11 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel. Tarikh Kemaskini Terkini: 20 Disember 2024
|