LEMBAGA PELABUHAN LABUAN



PENGENALAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PEGAWAI BERTUGAS

 

PROFIL KORPORAT

Pada 26 Januari 2017, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah meluaskan fungsi lembaga kepada Lembaga Pelabuhan Labuan. Peluasan fungsi ini membolehkan Lembaga Pelabuhan Labuan berfungsi sebagai sebuah badan berkanun dan juga sebagai badan pengawalselia pelabuhan. Pada 17 Januari 2017, deklarasi had pelabuhan baru telah diwujudkan dan dikenali sebagai Had Pelabuhan Teluk Victoria.

 

Daripada perluasan fungsi Lembaga Pelabuhan Bintulu, Lembaga Pelabuhan Labuan memainkan peranan yang sama. Pembangungan, pentadbiran, pemasaran dan pembekal perkhidmatan pelabuhan merupakan skop utama Lembaga Pelabuhan Labuan. Ini bagi memastikan Pelabuhan Labuan berfungsi sebagai pintu masuk kapal-kapal dagang yang efisien dan efektif sejajar dengan deklarasi ke atas Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (International Offshore Financial Centre) pada 1 Oktober 1990.

 

Lembaga Pelabuhan Labuan buat masa kini, telah membenarkan terminal operator Pelabuhan Labuan sedia ada untuk meneruskan peranan mereka sebagai operator pelabuhan. Bagi memastikan operasi pelabuhan yang dijalankan oleh Labuan Liberty Port Management berjalan dengan lancar dan optimum, bermula 16 Januari 2017, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menghantar kakitangan pelabuhan untuk menjalankan fungsi Lembaga Pelabuhan Labuan. Ini bagi memasitkan tanggunjawab sebagai badan kawalselia pelabuhan dan mengawasi keselamatan operasi pelabuhan terlaksana.

 

VISI DAN MISI KORPORAT

VISI

Sebagai Pihak Berkuasa dan Badan Kawalselia Pelabuhan, Visi LPL adalah untuk menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai pelabuhan yang paling efisien, selamat dan berdaya saing di Malaysia Timur.  Untuk merealisasikan visi tersebut, LPL telah merangka misi berikut:

 

MISI

  • Memastikan pengendalian operasi pelabuhan oleh pihak pengendali pelabuhan berjalan dengan lancar

 

  • Memastikan pengguna pelabuhan mendapat perkhidmatan yang berkualiti untuk keperluan Pulau Labuan;

 

  • Mengambil tindakan segera terhadap aduan dan mengambil kira pandangan orang awam mengenai perkhidmatan dan kemudahan di pelabuhan;

 

  • Melahirkan tenaga kerja professional, mahir dan terlatih untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan produktiviti;

 

  • Memastikan pengguna pelabuhan mematuhi segala garis panduan pelabuhan dan menjalankan kerja-kerja pengendalian mengikut perundangan dan peraturan LPL;

 

  • Memajukan dan menggalakkan perkembangan, pembangunan dan infrastruktur pelabuhan untuk kemudahan penggunanya;

 

  • Mewujudkan kemudahan pelabuhan yang lengkap bagi memperbaiki prestasi pengendalian perkhidmatan kontena dan kargo pecah pukal.

 

OBJEKTIF

Menjalankan aktiviti pengawalseliaan perkhidmatan pelabuhan yang berkualiti dan mampu berdaya saing di Malaysia timur.

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan pelabuhan menepati kehendak untuk keperluan Pulau Labuan.

Memastikan pembangunan infrastruktur selari dengan kehendak pengguna dari masa ke semasa.

Menjadikan Pelabuhan Labuan sebagai nod yang cekap dalam rantaian pengangkutan negara dan memberikan perkhidmatan tambah nilai.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile