LAWATAN PENGERUSI AHLI LEMBAGA PENGARAH LPB YBHG. DATO’ SHARKAWI BIN ALIS KE PELABUHAN BINTULU



Pengerusi Lembaga Pengarah LPB yang baharu, YBhg. Dato’ Sharkawi bin Alis telah mengadakan lawatan ke Lembaga Pelabuhan Bintulu pada 18-19 September 2023. Lawatan ini merupakan yang pertama semenjak beliau dilantik menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah LPB.
 
Kehadiran YBhg. Dato’ Sharkawi ke Menara Kidurong telah disambut oleh pengurus besar, pengurus-pengurus kanan dan kakitangan LPB. Antara program yang diadakan semasa lawatan adalah sesi beramah mesra bersama kakitangan, lawatan ke galeri dan anjung tinjau dan juga sesi mesyuarat bersama pengurusan tertinggi LPB.
Lawatan YBhg. Dato’ Sharkawi telah diteruskan pada hari berikutnya ke Bintulu Port Marin Base dimana beliau telah diberikan taklimat oleh wakil Bintulu Port Sdn Bhd berkenaan dengan operasi yang dijalankan di Pelabuhan Bintulu. Lawatan YBhg. Dato’ Sharkawi berakhir dengan sesi lawatan bot bagi melihat sendiri kawasan operasi pelabuhan.
 
 
  
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile