Sesi Taklimat Majlis Bandaraya Shah Alam bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu di Hotel Le Meridian, Putrajaya



Taklimat daripada Majlis Bandaraya Shah Alam yang bertujuan untuk mendapatkan penerangan berhubung Pembangunan Sistem Berkaitan Sumber Manusia,  Perubatan dan Kehadiran telah diadakan pada hari ini, 26 Jun 2024.  Sesi ini telah diadakan di Hotel Le Meridien, Putrajaya  dan turut disertai oleh Pegawai Lembaga Pelabuhan Bintulu yang diketuai oleh Encik Terry Petrus Ak. Tawi - Pengurus Pentadbiran dan disertai oleh pegawai di Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Sumber Manusia.  Turut dijemput hadir bagi sesi taklimat ini adalah daripada Lembaga Pelabuhan Johor diketuai oleh Encik Ahmad Salihin bin Mustapha, Penolong Pengurus Besar Khidmat Pengurusan dan Kewangan.  Taklimat daripada pihak MBSA telah disampaikan oleh Ts. Khairullizam bin Laili, Pegawai Teknologi Maklumat.
 
Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan taklimat mengenai Sistem Pengurusan Sumber Manusia Lembaga Pelabuhan Johor yang disampaikan oleh Encik Mohd Razman Hafiz bin Abdul Rahman, 
Pegawai Sumber Manusia LPJ kepada Lembaga Pelabuhan Bintulu.
 
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile