Lembaga Pelabuhan Bintulu menyerahkan sumbangan kepada Majlis Islam Sarawak



26 September 2024, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM152,100.00 untuk Penerbitan Al Quran Terjemahan Edisi Bahasa Iban kepada Majlis Islam Sarawak yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Encik Mizool Amir Bin Mat Drus kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, YBhg. Datuk Misnu Bin Haji Taha. Penerbitan Al Quran Terjemahan Bahasa Iban ini adalah kerjasama strategik di antara Lembaga Pelabuhan Bintulu, Jabatan Agama Islam dan Majlis Islam Sarawak. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Pusat Serbaguna Mahligai Gading, Lundu bersempena dengan Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 2024 di Daerah Lundu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Encik Azizul Annuar Pehin Sri Adenan, Ahli Dewan Undangan Negeri N.3 Tanjong Datu.
 
 
  
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile