Lawatan kerja rasmi MBJ Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) ke Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).



Pada 3 Oktober 2024 degalasi MBJ Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) yang diketuai oleh Pengerusi MBJ Pekerja, Tuan Dzulkarnain Abbas Abdullah serta beberapa orang pegawai dan ahli-ahli MBJ LPB telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang terletak di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).
Tujuan kunjungan dan lawatan  ini diadakan adalah bagi mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada diantara LPB dengan SPP disamping untuk melihat pembangunan dan operasi di SPCT. Kunjungan dan lawatan  deligasi daripada MBJ LPB telah disambut baik oleh pihak warga kerja SPPP yang dketuai Puan Maryati Binti Ramli selaku Pengurus Kanan Korporat. Degalasi lawatan MBJ LPB telah diberi taklimat dan pendedahan mengenai kapal persiaran di Pelabuhan Pulau Pinang yang telah dibentangkan oleh Encik Nadzreen Anwar Shamsuddin selaku Eksekutif Kanan, Khidmat Pelanggan PPSB. Degalasi MBJ LPB turut dibawa melawat di sekitar SPCT bagi melihat fasiliti dan kemudahan yang disediakan bagi aktiviti kruis. Pihak MBJ LPB mengucapkan penghargaan atas layanan dan Kerjasama yang diberi oleh SPPP dan PPSB sepanjang program lawatan di SPCT.
 
 
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile