Program Kesedaran Dan Latihan Pengendalian Sistem MMSW



Pada 8hb hingga 10hb Oktober 2024, Lembaga Pelabuhan Bintulu dan vendor Projek Malaysia Maritime Single Window (MMSW) iaitu Dagang Net Technology Sdn Bhd telah mengadakan Program Kesedaran Dan Latihan Pengendalian Sistem MMSW. Tujuan program dan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan latihan kepada pengguna pelabuhan di Malaysia mengenai pematuhan keperluan FAL Convention, International Maritime Organization (IMO) selaku negara anggota IMO. Tetingkap Tunggal Maritim Malaysia (MMSW) ialah Pangkalan Data Digital Pusat dan Sumber Data Biasa yang akan memudahkan aliran maklumat hujung ke hujung dan mencipta nilai untuk pengguna pelabuhan, peniaga dan perniagaan logistik, serta agensi kerajaan untuk kemudahan pengangkutan. Ia akan berfungsi sebagai portal sehenti untuk kawal selia maritim dan urus niaga perkhidmatan pelabuhan. Seramai 105 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agen perkapalan, operator pelabuhan dan agensi kerajaan yang berkaitan terlibat dalam program ini.

  


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile