LAWATAN KERJA MBJ LPB KE PELABUHAN TANJUNG BRUAS, MELAKA



Pada 6 Disember 2024 (Jumaat) degalasi MBJ Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) yang diketuai oleh Pengerusi MBJ serta beberapa orang pegawai yang terdiri daripada ahli-ahli MBJ LPB telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pelabuhan Tanjung Bruas yang terletak di negeri Melaka.
 
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk melihat pembangunan dan operasi di jeti Pelabuhan Tanjung Bruas yang dikendalikan oleh Pelabuhan Tanjung Bruas Port (TBP). Lawatan deligasi daripada MBJ LPB telah disambut baik oleh pihak warga kerja Malacca Port Malaysia yang dihadiri Encik Kamaredzwan B. Kamaruzaman selaku Pegawai Pentadbiran, Bahagian Komunikasi Korporat.
 
Degelasi lawatan MBJ LPB telah diberi taklimat dan pendedahan mengenai projek pembangunan dan operasi di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas yang telah dibentangkan oleh Encik Mohd Nizam Ibrahim selaku Penolong Pengurus Besar, Tanjung Bruas Port (TBP) dan turut dihadiri oleh Encik Zuhaini Md Sah selaku Ketua Operasi & Gudang dan Encik Isnin Ismail selaku Ketua Keselamatan Pelabuhan.
 
Delegasi MBJ LPB turut dibawa melawat di sekitar Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas bagi melihat fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak TBP. Pihak MBJ LPB mengucapkan penghargaan atas layanan dan kerjasama yang diberi oleh Lembaga Pelabuhan Melaka dan TBP sepanjang program lawatan di Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka.
 
  

 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile