LAWATAN AKADEMIK SMK AGAMA IGAN KE LEMBAGA PELABUHAN BINTULU



Pada 9 Oktober 2017, SMK Agama Igan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lembaga Pelabuhan Bintulu. Lawatan yang bermula pada pukul 8 pagi ini telah disertai oleh 45 orang murid dan juga 4 orang guru pengiring.

 

Lawatan dimulakan dengan para pelajar dan juga guru dibawa ke bilik Kuala Tatau bagi menyaksikan video korporat LPB. Setelah selesai tayangan video korporat, para tetamu telah diberi taklimat ringkas berkenaan Lembaga Pelabuhan Bintulu oleh Pegawai Komersial, Brandon Anak Rijang.

 

Setelah selesai sesi taklimat dan sesi soal jawab, para pelawat telah dibawa ke Anjung Tinjau bagi melihat sendiri kawasan operasi pelabuhan. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara wakil LPB dan juga wakil SMK Agama Igan.

 

     

 


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile