Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu



  

  

 

Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) pada 16 November 2018, telah melaksanakan tanggungjawab dalam menunaikan satu daripada rukun Islam yang kelima, iaitu membayar zakat perniagaan berjumlah RM1.5 juta.  Zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017 diserahkan kepada Pusat Pungutan Zakat -Tabung Baitumal Sarawak (TBS) Negeri Sarawak.

 

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, berkenan menerima mock chequeberjumlah RM1.5 juta sebagai simbolik penyerahan zakat yang diserahkan oleh Tuan Zulkurnain bin Ayub, Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Bintulu pada 16 November 2018 bertempat di Astana Negeri, Petra Jaya Kuching.

 

LPB berharap dengan penyerahan wang zakat perniagaan ini, ianya dapat diagihkan kepada golongan-golongan asnaf, fakir dan miskin serta untuk tujuan-tujuan lain seperti membiayai pembinaan masjid, surau, sekolah agama dan membantu badan-badan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti serta program dakwah dan pembangunan ummah.  Selain itu, ianya juga akan diagihkan kepada pihak yang mana agihan ini berupaya menjana pendapatan di kemudian hari atau yang memberi kesan ekonomi (economic spin-offs) kepada pihak yang menerima. 

 

Sebagai contoh:  Wang zakat diagihkan kepada  Nelayan bot-bot kecil – boleh diberikan bot yang lebih besar bagi membolehkan mereka menangkap ikan di tempat yang lebih dalam dan jauh.

 

LPB juga berharap dengan pembayaran zakat perniagaan ini, pihak TBS akan dapat melaksanakan pengurusan zakat dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bermanfaat kepada golongan-golongan yang kurang berkemampuan, dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak dari keluarga asnaf miskin dan fakir dan meningkatkan pendapatan ekonomi mereka serta memastikan supaya golongan tersebut tidak terasa dipinggir sementara masyarakat berada dalam keadaan selesa menikmati kemajuan negara.

 

LPB tidak hanya memfokuskan kepada hal-hal pentadbiran dan operasi semata-mata sebaliknya LPB juga ingin memberikan impak yang positif dari segi pengisian kerohanian dan juga aspek pembangunan sosio-ekonomi dengan turut menitikberatkan hal-hal kebajikan.  Pelbagai inisiatif CSR telah dilaksanakan oleh LPB untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana termasuk warga kerja LPB.


 
 
 
Statistik Pelawat
 
Kami ada di  Pautan ke Versi Mobile Pautan ke Newsletter Subscribtion Pautan ke Suapan RSSPautan ke Facebook Pautan ke Instagram

pautan ke laman web

 
 
 
 
Senarai Keseluruhan Agensi bagi Pensijilan EKSA
Arkib Elektronik
W3C
Multi Language [EN] | [MY]
Advanced Search Function
myprestasi MyHRMIS Mobile